Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Bab 1 Asal Usul Bahasa Melayu

BAB 1: ASAL USUL BAHASA MELAYU Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-asal orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.  Bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia di Yunan.          Terbahagi kepada dua teori iaitu:- Teori Yunan Teori Nusantara Teori Yunan Teori yang lebih popular Dinamakan juga sebagai Teori Affinities Gendang Dongsang - dikemukakan oleh H.Kern dan R.H Geldern . Orang Melayu dikatakan datang kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yang utama iaitu:- -Melayu Negrito ⇒ Merupakan penduduk paling awal di kepulauan Melayu (Nusantara) ⇒ Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung             Tanah Melayu dikenali sebagai orang Negrito. ⇒ Orang Negrito diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fi...