Bab 1 Asal Usul Bahasa Melayu

BAB 1: ASAL USUL BAHASA MELAYU


  • Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-asal orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. 
  • Bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia di Yunan.   


     Terbahagi kepada dua teori iaitu:-
  • Teori Yunan
  • Teori Nusantara
  1. Teori Yunan
  • Teori yang lebih popular
  • Dinamakan juga sebagai Teori Affinities Gendang Dongsang- dikemukakan oleh H.Kern dan R.H Geldern.
  • Orang Melayu dikatakan datang kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yang utama iaitu:-
  • -Melayu Negrito
Merupakan penduduk paling awal di kepulauan Melayu (Nusantara)
Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung            Tanah Melayu dikenali sebagai orang Negrito.
Orang Negrito diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, bersaiz badan yang pendek.
Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi).
Tempat tinggal mereka di dalam gua dan mata pencarian mereka adalah memburu binatang.
➡Alat pemburuan  mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan.
  • -Melayu Proto
Orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah,perpindahan tersebut (yang pertama)    diperkirakan pada tahun 2500 SM
Peradapan orang Melayu Proto lebih maju sedikit daripada ada orang Negrito.
Orang Melayu Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah dan alat perhiasan.
Kehidupan mereka berpindah-randah 
Zaman mereka ini dinamai zaman Neolitik atau zaman Batu Baru.
  • -Melayu Deutro
⇝ Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM.
Peradapan yang lebih maju daripada Melayu Proto
Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi dan dinamakan sebagai Zaman Logam.
Mereka menetap di kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Robert Von Heine Geldern ( Sarjana Austria)
" Orang-orang zaman neolitik (orang darat Mon-Khmer) yang membawa kebydayaan beliung segi panjang itu adalah pengembang Bahasa Kepulauan Melayu" (Ismail Hussien, 1984:2)
πŸ”ƒ Teori ini lemah- ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada tahun yang sama.

Hendrick Kern (1889)
Beliau merumuskan Bm adalah berasal daripada satu Bahasa induk yang ada di Asia.
Mengkaji beberapa perkataan yang digunakan seharian, antaranya:-
     # Tebu
     # Nyiur
    #  Buluh
    #  Bambu
Perkataan-perkataan ini digunakan di Pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik hingga ke Pulau Pass di Amerika sama dengan perkataan-perkataan di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea.

Asmah Hj. Omar (1988)
Menyokong teori Hendrick Kern
Proses migrasi atau perpindahan mereka tidak sekali gus dan tidak juga melalui satu jalan


2. Teori Nusantara

  • Bangsa Melayu dikatakan telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama.

John Crawford (1884) 

- Membuat perbandingan antara BM dengan Bahasa Lambung, BM- Bahasa Sunda, BM-Bahasa Madura, BM-Bahasa  Bali.


Perkembangan Bahasa Melayu
-Terbahagi kepada 3 tahap utama iaitu:-

  1. Bahasa Melayu Kuno 
  2. Bahasa Melayu Klasik 
  3. Bahasa Melayu Moden. 
Bahasa Melayu Kuno 
Merupakan keluarga bahasa Nusantara.
Kegemilangannya berlaku dari abad ke-7 hingga abad ke-13, iaitu pada zaman kerajaan Sriwijaya.
BM menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana:
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat 
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
  • Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit kerana:  
# Pengaruh agama Hindu
# Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
# Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno dapat dilihat pada batu-batu bersurat  abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palava:
a) Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
b) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
c) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
d) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
e) Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: 
  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit 
  • Susunan ayat bersifat Melayu 
  • Bunyi b ialah w (Contoh: bulan - wulan)
  • Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dgan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) 

  1. PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK

    • Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
    • Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
    • Terdapat tiga batu bersurat yang penting: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):

                1. Ditulis dalam huruf India.            2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.            3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

    • Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380):
    1.  Masih memakai abjad India
    1. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)1. Ditulis dalam tulisan Jawi2. Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
    1.  Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
    • Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
    1. BAHASA MELAYU KLASIK

    • Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
    • 1. Zaman kerajaan Melaka
    • 2. Zaman kerajaab Acheh
    • 3. Zaman kerajaan Johor-Riau
    • Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
    • Ciri-ciri bahasa klasik:
                1. Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.            2. Banyak ayat pasif.            3. Menggunakan bahasa istana.            4. Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul                   (bersedih).            5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun            6. Ayat songsang.            7. Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’
    1. BAHASA MELAYU MODEN
    • Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
    • Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
    • Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
    • Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
    • Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 7 : LARAS BAHASA

BAB 2: SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

BAB 6 : RAGAM AYAT