BAB 2: SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU
Pengenalan
↠Sistem ejaan Bahasa Melayu sekarang mula digunakan pada tahun 1972.
↠Peranan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditugaskan Menyusun pedoman ejaan Rumi negara ini.
↠Dalam Bahasa Melayu , terdapat 26 abjad yang digunakan dalam sistem tulisan Rumi.
↠6 abjad terdiri daripada huruf vokal, iaitu a, i, e pepet, e taling, o, dan u.
↠Terdapat 3 bentuk diftong, iaitu (ai), (au), dan (oi). Huruf-huruf ini terdapat dalam perkataan Bahasa Melayu asli dan kata pinjaman.
Bunyi Dan Huruf
π Abjad - 26 abjad
π‘ a,b,c,d,e,f,g,h,i,j,k,l,m,n,o,p,q,r,s,t,u,v,w,x,y dan z
π Vokal - 6
π‘ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u
π Konsonan - 20
π‘ b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y dan z
π Diftong - 3
π‘ ai / au / oi
π Digraf - 5
π‘ kh / gh / ng / ny / sy
Pola Keselarasan Vokal
π18 pola keselarasan vokal
Keselarasan vokal
|
Contoh perkataan
| ||
a-a
|
amal
|
baka
|
masak
|
a- i
|
masjid
|
balik
|
alih
|
a- u
|
barut
|
patut
|
datuk
|
e (pepet ) – a
|
sedar
|
jelas
|
emak
|
e (pepet) – i
|
betik
|
lentik
|
detik
|
e (pepet) – u --
|
telur
|
belum
|
tebus
|
e (taling) –a
|
elak
|
ekar
|
helah
|
e taling e
|
leleh
|
telek
|
remeh
|
e taling o
|
esok
|
bengkok
|
cedok
|
i - a
|
bilang
|
pinang
|
kilas
|
i - i
|
pilih
|
didih
|
sirih
|
i- u
|
tidur
|
hibur
|
hidup
|
o-a
|
otak
|
rosak
|
bosan
|
o-e (taling)
|
oleh
|
boleh
|
toleh
|
o-o
|
obor
|
borong
|
colok
|
u-a
|
ulat
|
bulat
|
tumpat
|
u-i
|
ulit
|
kulit
|
guling
|
u-u
|
untuk
|
buluh
|
suluh
|
Ejaan Kata Pinjaman
1. Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu
π cc- ks access menjadi akses
π x- ks express menjadi ekspres
2. Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama
π ff- f traffic menjadi trafik
3. Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal
π oo-u boot menjadi but
4. Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian
π block menjadi blok
π draft menjadi draf
5. Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai [g] dalam BM
π generation menjadi generasi
π agent menjadi agen
6. Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, -sional
π lotion menjadi losen; section menjadi seksyen
7. Pengekalan kata yang berakhir dengan –ism
π nationalism menjadi nasionalisme
8. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap
π pencil menjadi pensel
π action menjadi aksi
π dial menjadi dail
Penulisan Kata Sendi Nama
⏩ Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama.
⏩ Kata sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat sering disalahgunakan. Antaranya:-
a) kata sendi nama di
⏩ kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat seperti:
a) di sekolah
b) di jalan
π Tidak boleh menerangkan waktu, masa atau zaman.
π contoh :
a) Di pagi hari (salah)
Pada pagi hari (betul)
b) Di kurun ke-15 (Salah)
Pada kurun ke-15 (betul)
c) Di zaman itu (Salah)
Pada zaman itu (betul)
b) Kata sendi nama ke
⏩ Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.
⏩ Ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan manusia atau binatang.
π Contoh :
- Ke pihak polis (salah)
kepada pihak polis (betul)
- Ke Ali (salah)
kepada Ali (betul)
c) Kata sendi nama dari
⏩ Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa
π Contoh : Bertiup daripada selatan (Bertiup dari selatan)
Daripada kiri ke kanan (Dari kiri ke kanan)
Daripada pukul 10.00 pagi (Dari pukul 10.00 pagi)
d) Kata sendi nama daripada
⏩ Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan.
π Contoh : Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
Lebih baik Ahmad daripada Ali.
e) Kata sendi nama kepada
⏩ Hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarab dan perubahan keadaan.
π Contoh : - Ke kerani itu (salah)
Kepada kerani itu (betul)
- Ke orang tuanya (salah)
Kepada orang tuanya (betul)
- Ali mengirim surat ke abangnya (salah)
Ali mengirim surat kepada abangnya (betul)
π Perlu juga mempunyai perseimbangan ungkapan dari-ke, daripada -kepada seperti:-
- Dari semasa kepada semasa (salah)
Dari semasa ke semasa (betul)
Penggunaan Tanda Baca
1) Tanda baca noktah ( . )
π Berakhirnya sesuatu ayat
π Digunakan untuk menyatakan singkatan
π Contoh :- Hj. Y.B , Abd.
2) Tanda baca sempang (-)
a) sebagai tanda kata ganda
Contoh:- rumah-rumah, berlari- lari,gunung-ganang.
b) Antara ke dengan angka
Contoh:- ke-10, ke-100
c) Antara angka yang merujuk tahun. dengan akhiran -an
Contoh:- Tahun 20-an, tahun 50-an
d) Antara huruf kecil dengan huruf besar
⏩huruf besar iaitu merujuk kepada tuhan atau nama khas.
⏩tanda sempang ini digunakan untuk memisahkan huruf besar dgn huruf kecil.
⏩Contoh :- Hamba-mu,Rahmat-nya
3) Tanda seru (!)
π Tanda seru hadir di akhir ayat seruan
π Salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.
Contoh :- Wah!cantiknya baju itu.
Sepatutnya:- wah,cantinya baju itu!
Penulisan Kata Ganti Nama Singkat
✒️ 4 Singkatan kata ganti nama - kau, ku, mu, nya
π Contoh : kulihat, kusedari, kautulis, kausedari
✒️ Mu dan Nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang.
Contoh:-
π Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan.
π Mereka memohon rahmat-Nya.
Penulisan Partikel
π 4 Partikel : lah, kah,tah dan pun
π Partikel -lah, -kah, dan -tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya.
π Contoh : berilah, diakah, manatah
π Partikel -pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya.
π Contoh:- Jika dia berjaya, Saya pun akan berjaya.
π Partikel-pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan iaitu :-
πAdapun, sekalipun, walaupun,
lagipun.
Penulisan Kata Berimbuhan
Imbuhan:
1- Awalan
*Kata nama
*Kata kerja
*Kata adjektif
2- Akhiran
*Kata nama
*Kata kerja
3- Apitan
*Kata nama
*Kata kerja
*Kata adjektif
4- Sisipan
*Kata nama
*Kata kerja
*Kata adjektif
Awalan Kata Nama
π Awalan kata nama 1.pen(pe-, pem-, pen-, peng-, penge-) 2.pe- (tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi seperti:-pe+ suruh=pesuruh)
3. Per - ( tidak produktif dan tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi pada awal kata dasar seperti:- per + tapa = pertapa)
4. Juru ( awalan juru mendukung makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan pekerjaan yang didukung seperti:-
π bahasa = jurubahasa
π jual = jurujual
π tera = jurutere
Awalan Kata Kerja πAwalan kata kerja
1.men(me-,mem-,men-,meng-,menge-) 2.ber-(awalan ini bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kt kerja tak transitif seperti:bercukur,berlari) 3.diper-(awalan ini bergabung dengan kata nama, kata adjektif dan kata tugas untuk membentuk kata kerja pasif diri ke-3 seperti:-
diperkawan
diperbanyak
diperoleh
Awalan Kata Adjektif
πAwalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter-dan se- πseperti:
terbaik(bermaksud paling baik)
sebijak(bermaksud sama bijak)
Akhiran Kata Nama
π Akhiran kata nama-an
✒️ Membawa makna hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar seperti kritikan (hasil m, kritik), tulisan (hasil menulis).
✒️ Membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung dalam kata dasar seperti manis.
Akhiran Kata Kerja
⏩ Terbahagi kepada 2 iaitu -i dan -kan
⏩ Kedua2 imbuhan akhiran ini membentuk kata kerja transitif
⏩ Imbuhan akhiran ini hanya hadir dalam 2 ayat sahaja iaitu:-
π Ayat pasif bagi kata nama orang pertama dan orang kedua.
contohnya:
π Kereta yang rosak itu akan saya baiki.
π Masalah itu kamu selesaikan sendiri.
π Ayat suruhan, Contoh:-
π Ikutilah rancangan kami setiap hari.
π Ceritakan rahsia itu kepada saya
Apitan Kata Adjektif
• Hanya melibatkan ke-...-an.
• Membawa makna "bersifat seperti" yang
tersebut pada kata dasar.
- kemelayaan = bersifat Melayu
- kebaratan = bersifat orang Barat
- keutaraan = bersifat orang Utara
Sisipan Kata Nama
• Sisipan yang membentuk kata nama ialah
-el-, -er-, dan -em-.
• Membawa maksud sesuatu yang
mempunyai ciri yang terkandung dalam
kata dasar.
- kemumur = kelemumur
- kuping = keruping
- kuncup = kemuncup
Sisipan Kata Adjektif
1. Bentuk - bentuk sisipan kata adjektif ialah
-el-, -er-, -in- dan -em-.
- guruh = gemuruh
- sambung = sinambung
- serak = selerak
2. Berdasarkan Bahasa Melayu, tiada sisipan
yang berlaku tetapi kata nama dan kata
adjektif yang bersisipan boleh menjadi
kata kerja melalui proses pengimbuhan.
- kelemumur = berkelemumur
- kelupas = berkelupas
- keruping = berkeruping
Penulisan Kata Berganda
π Penulisan bagi perkataan bentuk kata ganda hendak menggunakan tanda sempang (-)
π Daun-daun, bergoyang-goyang, kejar-mengejar, serba-serbi
Ulasan
Catat Ulasan