BAB 7 : LARAS BAHASA

Pengenalan

Definisi:
↪️ Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
↪️ Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan.
↪️Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

Perbezaan Laras Bahasa
















Mengapakah laras bahasa digunakan?
Terdapatnya:
📝 Ciri-ciri keperihalan
       * Situasi Luaran
       * Situasi Persekitaran
📝 Ciri-ciri linguistik
       * Aspek Bunyi
       * Aspek Perkataan
       * Aspek Ayat

⭐️ Situasi Luaran
- Maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
- Merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.

⭐️Situasi Persekitaran
- Cara penyampaian
- Perhubungan sosial dan peribadi
- Bahan
- Fungsi Sosial

Jenis-Jenis Laras Bahasa
📃 Laras bahasa biasa
📃 Laras bahasa iklan dan perniagaan
📃 Laras bahasa sains
📃 Laras bahasa media massa
📃 Laras bahasa rencana
📃 Laras bahasa undang-undang
📃 Laras bahasa agama
📃 Laras bahasa sukan
📃 Laras bahasa sastera dan kreatif
📃 Laras bahasa ekonomi
📃 Laras bahasa akademik

Laras Bahasa Biasa
✒️ Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu
✒️ Penggunaan dalam perbualan harian
✒️ Tiada istilah khusus
✒️ Struktur ayat adalah mudah, ringkas, dan padat
✒️Kata pinjaman tidak banyak digunakan
✒️ Tidak terdapat istilah teknikal
✒️ Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja
✒️ Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan
©️Contoh: Hai Dirah! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

Laras Bahasa Iklan dan Perniagaan
✒️ Untuk menyampaikan maklumat berkesan
✒️ Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan
✒️ Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat)
✒️ Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif
✒️ Penggunaan bahasa retorik
✒️ Tidak mementingkan tatabahasa
✒️ Guna pernyataan tertentu
©️Contoh: Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggal dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter

Laras Bahasa Sains
✒️ Laras ilmiah, bahasa moden, bersifat formal dan menidakknbahasa basahan
✒️ Istilah sains dan teknikal adalah banyak
✒️ Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta
✒️ Ada istilah pinjaman
✒️ Dibahagiakan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi
✒️ Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragaan ayat pasif
©️ Contoh: Apabila akson berada dalam keadaan rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi selaput itu amatlah berbeza iaitu selaput itu terkutub.

Laras Bahasa Media Massa
✒️ Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca
✒️ Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa seperti imbuhan dan kata hubung
✒️ Tiada istilah teknikal dan khusus
✒️ Judul berita disampaikan dalam tiga bentuk iaitu:
✒️ Ringkas, misalnya Kedah Juara Tiga Piala 2007: Piala 2007
✒️ Tafsiran, misalnya Peningkatan Jumlah Tafsiran, misalnya Peningkatan Jumlah Kenderaan Punca Jerebu, Kenderaan punca jerebu
✒️ 4.4
✒️ Petikan, misalnya jangan politikkan petikan, misalnya jangan politikkan islam Hadhari- PMIslam Hadhari- PM

Laras Bahasa Rencana
✒️ Bersifat umum
✒️ Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu
✒️ Gaya bahasa mudah difahami
✒️ Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci
©️ Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, Proton Satria GTI' masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk , kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.

Laras Bahasa Undang-Undang
✒️ Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
✒️ Terdapat istilah kbusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa inggeris
✒️ Makna kosa kata berdasarkan intepretasi
✒️ Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisian dan kejelasan dipentingkan
✒️ Bersifat objektif, terperinci, tetap dan padat
✒️ Tiada graf atau gambar
✒️ Binaan ayat adalah panjang
©️ Contoh: Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak releven dengan perbicaraan berkenaan.

Laras Bahasa Agama
✒️ Membincangkan isu agama
✒️ Ada istilah pinjaman
✒️ Terdapat petikan
✒️ Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran
©️ Contoh: Dari Anas r.a., katanya: Radulullah S.a.w bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hadilnya dimakan burung, manusia atau binatang, maka orang yang menanam itu terdapat pahala.

Laras Bahasa Sukan
✒️ Menyampaikan maklumat kegiatan sukan
✒️ Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas
✒️ Ada istilah aktiviti sukan
✒️ Kosa kata mudah difahami
©️ Contoh: Perak menjuarai kejohanan bolak sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nadional malam tadi.

Laras Bahasa Sastera Dan Kreatif
✒️ Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengelaman
✒️ Ada istilah khusus tentang sastera
✒️ Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa)
✒️ Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat
✒️ Ada unsur seperti metafora (perbandingan-lautan ilmu), kiasan-, imejan, personifikasi Melambai-lambai dan hiperbola atau berlebih-lebihan
✒️ Bernada puitis dan betsifat komunikatif
©️ Contoh: Apabila berbicara mengenai kesusteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Laras Bahasa Ekonomi
✒️ Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi
✒️ Ada istilah teknikal ekonomi
✒️ Tidak mengutamakan struktur ayat
✒️ Gaya bahasa formal
✒️ Maklumat jelas dan eksplisit
✒️ Fakta berdasarkan bukti data dan statistik
©️ Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tinggi sebanyak RM880.38 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

Laras Bahasa Akademik
✒️ Bersifat ilmiah, formal dan objektif
✒️ Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan)
✒️ Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan)
✒️ Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidik tinggi
✒️ Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk
✒️ Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian
✒️ Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks
©️ Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melincinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.

Kepentingan Laras Bahasa
📖 Laras bahasa amat penting
📖 Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya
📖 Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat bertambah dengan pesat
📖 Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu
📖 Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal suoaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu
📖 Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dalam media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan.
📖 Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 2: SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

BAB 6 : RAGAM AYAT