BAB 3 : PROSES PEMBENTUKAN KATA
- Peristilahan Kata Umum Bahasa Melayu
⏩ Mana-Mana kata umum dalam bahasa melayu ( termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:
(a) Kata berkenaan tepat menberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
(b) Kata yang dililih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompak sinonim).
Contoh:-
✒️ Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital.
✒️ Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.
(c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
Unsur Dan Proses Tatabahasa Dalam Peristilahan
1. Penggunaan Kata Akar/Bebas
⏩ Istilah dapat dibentuk daripada kata akar (yakni kata bebas).
✒️ Contohnya:-
✳️ Gaya
✳️ Sudut
✳️ Rumpuk
✳️ Watt
✳️ Kaji
✳️ Volt
✳️ Asid
2. Proses Pengimbuhan
⏩ Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya.
⏩ Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan istilah yang berbeza-beza.
Tani ➡️ Petani ⏩ Pertanian (hal bertani)
Usaha ➡️ Pengusaha ⏩ Perusahaan (hal berusaha)
3. Proses Penggandaan
⏩ Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan.
✒️Contoh:-
✳️ Kacang-kacang
✳️ jarj jejari
✳️ rumput rerumput
4. Proses Penggabungan
⏩ Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat.
✒️ Contoh:-
✳️ Meja tulis
✳️ Kerjasama
✳️ Kapal korek
Istilah Singkatan Dan Lambang
1. Singkatan
π Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan:
a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya.
✒️Contoh:- Lab (Oratory)
b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap.
✒️ Contoh:- cm - sentimeter
c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata.
✒️ Contoh:- tadika / cerpen / kugiran
d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim.
✒️Contoh:- JKR (Jabatan Kerja Raya) / LTDM ( Tentera Laut Diraja Malaysia)
2. Lambang Huruf Dan Bilangan
π Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di balakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
π Nama dan lambang unit mengikut System Internation D'Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa)
Kuantiti π Unit π Lambang
Fizikal Dasar
Panjang Meter M
Jisim massa Kilogram Kg
Waktu Saat S
3. Lambang Gambar
π Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar.
π Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan oleh bidang masing-masing.
✒️ Contoh:-
-Matahari ☀
- Omega
Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman
1. Jenis Ejaan
a) Ejaan Grafemik
✴️ Ejaan rumi
b) Ejaan Etimologi / Asal
✴️ Jika timbul kekaburan seperti istilah yang sama sebutan dan ejaan seperti media massa, Kedua-dua s dikekalkan dam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa.
c) Ejaan Transliterasi
✴️ Contoh transliterasi Arab : Bismillahirrahmanirrahim
d) Ejaan Transkripsi
✴️ Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Malayu tanpa diterjemahkan seperti:
π Bureau - Biro
π Police - Polis
π Ambulance - Ambulans
2. Penyesuaian Ejaan
(a) Istilah asing yang pengucapanya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti:- Pencen, stesen tidak berubah
(b) Istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.
(c) Istilah yang baru dipinjam dan belum sebati daripada segi sebutan dan ejaan asal masih terlihat seperti:-
✔️ haemoglobin = hemoglobin
✔️ automatic = automatik
3. Penyesuain Ejaan Imbuhan Asing
↪️ Daripada satu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan.
✒️Contoh:-
✔️ Aktif
✔️ Primer
✔️ Antropologi
↪️ Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan yang boleh pula digunakan untuk pembentukan istilah lain.
✒️ Contoh:-
✔️ Inframerah
✔️ Prasejarah
✔️ Semivokal
4. Gugus Konsonan
↪️ Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata/istilah pinjaman daripada bahasa inggeris dan bahasa asing lain.
✒️ Contoh:-
bl- blok, blaus
dr- drama, draf
-rd - standard
-nk - bank, link
Ulasan
Catat Ulasan