BAB 5: SISTEM TATABAHASA (SINTAKSIS)
Definisi Sintaksis
Bidang kajian tentang prinsip dan proses pembinaan ayat dalam bahasa tertentu.
Prinsip bermaksud aturan atau rumus yang memungkinkan berlakunya pembinaan ayat. Dalam tatatingkat, tatabahasa, sintaksis mengharapkan:
frasa, klausa dan ayat.
Tatabahasa
Peraturan tentang pembetukan kata dan penggabungan kata dengan perkataan lain untuk menghasilkan ayat yang gramatis.
Definisi Ayat
Unit yang paling tinggi dalam tatatingkat tatabahasa. Ayat diucapkan dimulai dengan kesenyapan. Ayat diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan mengamdungi makna yang lengkap. Ayat itu terdiri daripada subjek dan predikat.
Ayat
Makna
⏫
Intonasi ⏪ Ayat ⏩ Binaan
Sintaksis
↪️Mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat

AYAT
|
Pelajar itu sedang membaca buku
| |||||
KLAUSA
|
Pelajar itu sedang membaca buku
| |||||
FRASA
|
Pelajar itu
|
Sedang membaca buku
| ||||
PERKATAAN
|
pelajar
|
itu
|
sedang
|
membaca
|
buku
| |
Ayat – Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Klausa – Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, iaitu menjadi unsur atau konstituen dalam ayat.
Frasa – Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Tidak mempunyai subjek dan predikat. Boleh menjadi unsur kepada klausa.
Perkataan – Bentuk tatabahasa yang terkecil. Bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri. Unsur kepada frasa.
Klausa
◻️ Klausa Bebas : boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat ayat lengkap.
©️ Contohnya :
↪️Kamu sungguh berani.
↪️Pelajar itu sudah berlepas.
◽️Klausa Tak Bebas : tidak dapat berdiri sendiri.
©️Contohnya :
↪️Melawan perompak itu
↪️Menaiki kapal terbang
Pola-Pola Ayat Dasar
Susunan Ayat
↪️Susunan biasa – subjek ayat mendahului predikat.
⏩ Pemandangan di kawasan itu sungguh cantik.
⏩ Tugasan itu siap juga akhirnya.
⏩ Rombongan itu belum tiba lagi.
⏩ Hadiah itu daripada pihak penganjur.
↪️ Susunan songsang – pendepanan seluruh predikat ayat mendahului subjek.
⏩ Sungguh cantik pemandangan di kawasan itu.
⏩ Siap juga akhirnya tugasan itu.
⏩ Belum tiba lagi rombongan itu.
⏩ Daripada pihak penganjur hadiah itu.
↪️ Susunan songsang – pendepanan sebahagian daripada predikat.
A. Pendepanan Frasa Kerja
⏩ Wanita itu terduduk di tepi tangga.
⏩ Terduduk wanita itu di tepi tangga.
⏩ Mereka berbaring di bawah pokok.
⏩ Berbaring mereka di bawah pokok.
B. Kata kerja dengan ojek
⏩ Kakak membeli buku di kedai itu.
⏩ Membeli buku kakak di kedai itu.
⏩ Mereka membaca buku di situ.
⏩ Membaca buku mereka di situ.
C. Kata bantu dengan kata kerja.
⏩ Penari-penari itu masih berlatih di dewan.
⏩ Masih berlatih penari-penari itu di dewan.
⏩ Adik saya pernah melawat ke Putrajaya.
⏩ Pernah melawat adik saya ke Putrajaya.
D. Pendepanan frasa adjektif
⏩ Tubuhnya lesu sepanjang hari.
⏩ Lesu tubuhnya sepanjang hari.
E. Kata bantu dengan kata adjektif
⏩ Buah rambutan itu belum tentu manis.
⏩ Belum tentu manis buah rambutan itu.
F. Pendepanan frasa sendi nama
⏩ Arahan itu daripada dekan fakulti pengurusan perniagaan.
⏩ Daripada dekan fakulti pengurusan perniagaan arahan itu.
⏩ Rombongan itu akan bertolak pada pukul 10.00 pagi
⏩ Pada pukul 10.00 pagi rombongan itu akan bertolak.
Ragam Kata
1. Ayat aktif
π Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterangkan.
©️ Penyalahgunaan dadah mengancam keselamatan negara.
©️ Ibu membelikan adik sehelai baju.
2. Ayat pasif
π Terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan.
©️ Keselamatan negara diancam oleh penyalahgunaan dadah.
©️ Adik dibelikan oleh ibu sehelai baju.
Jenis-Jenis Ayat
1. Ayat penyata
π Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan atau keterangan tentang sesuatu hal.
©️ Lelaki berbaju biru itu abang saya.
Ayat Berita Ayat Keterangan
2. Ayat Tanya
π Ayat yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu hal.
©️ Mereka telah bertolak ke sabah ?
3. Ayat perintah
π Ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
a. Ayat suruhan
π Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
©️ Keluarlah dari sini sekarang juga.
b. Ayat larangan
π Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja.
©️ Janganlah kamu suka bertengkar dengan mereka.
©️ Tak usah engkau pedulikan kata-katanya itu.
c. Ayat silaan
π Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.
©️ Sila kembalikan buku yang kamu pinjam itu sebelum hari jumaat.
©️ Jemputlah manjamah makanan yang terhidang itu.
d. Ayat permintaan
π Menggunakan kata permintaan seperti tolong dan minta dengan tujuan memohon pertolongan dan permintaan.
©️ Minta bersabar sebentar sementara menunggu gangguan elektrik pulih.
4. Ayat seruan
π Ayat yang menggunakan kata seru seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh dan syabas. Bertujuan untuk melahirkan suatu perasaan takut, gembira, marah, takjub dan sakit.
©️ Wah, gagahnya budak itu !
©️ Aduh, sakitnya kepalaku ini !
Bentuk Ayat
1. Ayat tunggal
✒️ Ayat yang terdiri daripada satu objek dan satu predikat sahaja.
©️ Dia membunuh perompak itu.
©️ Membunuh perompak itu dia.
✒️ (ayat songsang ---- predikat mendahului subjek)
2. Ayat majmuk
✒️ Mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat
a) Ayat majmuk gabungan
✒️ Terdiri daripada dua atau lebih ayat yang dijadikan satu. Menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi, sambil, lalu dan serta.
©️ Ali suka bermain hoki.
©️ Dia selalu berlatih dengan rakan-rakanya
b) Ayat majmuk pancangan
✒️ Terdiri drpda satu induk atau utama dengan satu atau beberapa ayat atau klausa kecil. Ayat induk juga boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.
i. Ayat majmuk pancangan relatif
✒️ Ayat ini menggunakan hubung relative yang. Digunakan untuk memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk.
©️ Saya membaca buku yang ditulis oleh Keris Mas.
©️ Saya membaca buku (klausa induk)
©️ Buku ditulis oleh Keris Mas (klausa kecil)
ii. Ayat majmuk pancangan komplemen
✒️ Ayat terdiri daripada klausa induk dengan klausa kecil dipancangkan untuk melengkapi kata kerja dalam ayat induk. ✒️Menggunakan kata induk bahawa dan untuk.
©️ Dia menerangkan bahawa ayahnya sakit tenat
©️ Dia menerangkan sesuatu (klausa induk)
©️ Ayahnya sakit tenat (klausa kecil)
iii. Ayat majmuk pancangan keterangan
✒️ Ayat yeng terdiri daripada satu klausa induk dan satu klausa kecil atau lebih berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
✒️Menggunakan kata hubung seperti semoga, harus dan jika.
©️ Hadirah telah besar semasa saya meninggalkan kampung itu.
©️ Hadirah telah besar (klausa induk)
©️ Saya meninggalkan kampung (klausa kecil)
Kata Hubung Pancangan Keterangan
⬜️ Kerana ⬜️ Agar ⬜️ Meskipun ⬜️ Sekiranya
⬜️ Semoga ⬜️ Supaya ⬜️ Kalau ⬜️ Hingga
⬜️ Sewaktu ⬜️ Walaupun ⬜️ Untuk ⬜️ Apabila
⬜️ Sebelah ⬜️ Sementara ⬜️ Sungguhpun
✒️Contoh Ayat✒️
1. Mereka berjaya kerana mereka berusaha.
2. Ia bersorak sungguh kuat hingga serak tekaknya.
3. Kita hendaklah jimat berbelanja untuk menjaga keadaan kewangan kita.
3. Ayat Majmuk Campuran
✒️ Ayat yang mangandungi lebih daripada satu jenis ayat iaitu campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan ayat majmuk.
©️ Dia mengambil buku yang baru dibeli itu lalu masuk ke bilik tidurya.
©️ Dia mengambil buku yang baru dibeli itu (ayat majmuk pancangan relatif)
©️ Dia masuk ke bilik tidur (Ayat tunggal)
Pola-Pola Ayat Dasar
POLA
|
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
POLA 1
|
FRASA NAMA (FN)
Tun Mahathir
Emak saudara saya
|
FRASA NAMA (FN)
Seorang negarawan
Pensyarah universiti
|
POLA 2
|
FRASA NAMA (FN)
Lelaki itu
Borang biasiswa itu
|
FRASA KERJA (FK)
Sedang menulis
Akan dikirim tidak lama lagi
|
POLA 3
|
FRASA NAMA (FN)
Pelajar-pelajar itu
Budak berbaju hitam itu
|
FRASA ADJEKTIF (FA)
Amat rajin
Tinggi sungguh
|
POLA 4
|
FRASA NAMA (FN)
University kami
Baju itu
|
FRASA SENDI (FS)
Di kuala lumpur
Untuk ibu di kampung

Ulasan
Catat Ulasan